Want your
own Fotopage?








 
Sabah Manik Labuci

By: Serina Kong

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Feb-2011 06:18 Email | Share | | Bookmark
Berhijrah....

Salam semua...apa khabar?

Sy just nak announce yang sy suda berpindah ke "rumah baru"..rumah lama ni x akan ditutup cuma tidak akan diupdate...semua latest update sila ke rumah baru sy k..jemput2 la

Link rumah baru saya..

http://sarinahkongbeads.blogspot.com/

Jumpa di sanaaaa....

Add comment


Thursday, 13-Jan-2011 02:35 Email | Share | | Bookmark
Salam 2011

Alhamdulillah...dah masuk tahun 2011...hai semua!!!!

Mula2 sy nak minta maaf sebab lama x update FP sy ni..& x reply komen2..maaf ye..penghujung tahun lalu sy busy sbb nak pindah ofis baru. Sekarang boleh la relax sket..lagipun baru dpt Bband dr company..huhuhu..

Kalau nak sy reply cepat..email, sms or call sy k.

Email (new) : sk_beads@yahoo.com
No. HP : 019-8326197

InsyaAllah, sy akan berpindah ke blog baru..nnti sy announce k. Di blog baru nnti boleh la rujuk jadual kelas manik yg akan sy adakan & update segala info2 tempahan manik & starter kits. stay tune bebeh!!!


Quote:

kak nani, insyaAllah bulan Feb ni akan beroperasi sepenuhnya blog baru tu..tengah nak setting2 lagi..

asami, maybe kelas akan dibuat sepanjang bulan April - Julai 2011..apa2pun nnti sy contact u k..& rajin2 la tgk iklan kat web baru sy nnti

cepatla buat blog baru. kat opis knani tak blh masuk fotopages.. so dah lama ketinggalan Fri 14-Jan-2011 06:32
Posted by:knani  - [Link]
bile yer kelas seterusnya diadakan d sabah? Fri 21-Jan-2011 06:50
Posted by:Asami
tumpang iklan ye..tq:)
TESTIMONI ENVY BODY SLIM (RM120 termasuk pos)
komen dari pembeli:
“Dah setahun tak period sbb bersalin ceaser..mlm td pki sluar envy, pg ni dah period. Alhamdulillah"
1.guna ENVY mmg best sbb mmg selesa...suma yg goyang dpt di mampatkan.... kalo de ongkos rse nak bli skali tiga...sbb x pyah sapu sana sini...Tnkz
2. Ok pakai envy ni sbb bdn rase padat bile pakai.kalo pakai baju kemeja or tshirt bdn nmpak cantik n kemas.
Xdelah rase mcm menggelebeh jer…badan pon dah dpt curve balik .
Berat bdn pon dah kurang.hahahha…..
Rasanyer nti dlm pantang nk pki set ni jer…tp tu maybe lg 3 thn lah…hihihi…
3. Ok, rasa selesa dan mmg membantu bentukkan badan.
4. Best pakai, rasa yakin je. Nak order lg satu.
5. Sedap pakai. Kemas je badan.
6. Mmg best pakai. Bila pakai sakit belakang hilang.
7. Sedap2. Best pakai. Tiap2 hari pakai. Ingat nak beli lg hujung bln ni.
8. Mula2 pakai dulu ambik masa jgk, tp skrg dah ok. Kemas je badan. Walaupun masih chubby(br pakai 4 minggu, berat 80kg), tapi ombak kolesterol dah hilang.
9. Lepas pakai seminggu rasa ada perubahan, lenguh2 badan dah hilang.
10. Mmg ok, makan pun berkurangan.
11. OK sgt. Best je pkai. Bila pkai terus rase kenyang.
Makan pun sikit je.Even klu bukak pun rase kenyang.
Tq la jual envy ni.Nti blh beli lg wat spare.
Suke sgt envy..
12.materialnya ok sgt..x mudah meregang.selesa sgt. selesa sgt. bintik2 getah tu very useful nak elak dari bhgn bwh corset...dari tersingkap dan bergulung. x mcm korset lain selalu jer kena tarik nak bg cover seluruh bontot.
13.Selesa, sgt selesa.punggung kecik sket. dah blh pakai seluar jeans lama.
14.bila pakai terasa kemas badan x geleber and bila dijadikan habit rasa x sah bila keluar kerja x pakai.
Pertanyaan/order sms 012-6291231 Siti Aniza
http://kedairevell-online.blogspot.com/
1.BAGUS UNTUK LENGUH2 BADAN
2.HILANG MASALAH KEKEJANGAN = CRAMP
3.HILANG MASALAH BADAN BERANGIN
4.MELANGSINGKAN BADAN
5.HILANG MASALAH SAKIT PINGGANG
6.BADAN RASA LEBIH CERGAS
ENVY BODY SLIM juga elok dipakai ketika datang bulan/haid,bagi melegakan sakit sengugut.
Sun 27-Feb-2011 08:21
Posted by:ENVY BODY SLIM  - [Link]
Add comment


Wednesday, 10-Nov-2010 07:17 Email | Share | | Bookmark
Bunga Telur/Bunga Pahar/Bunga Hiasan Dulang/Bunga Hiasan Rumah

Kini kami menerima tempahan Bunga Telur/Bunga Pahar/Bunga Hiasan Dulang/Bunga Hiasan Rumah yang diperbuat daripada manik untuk Majlis Tunang, Kahwin, Akikah, etc.

Kalau anda inginkan 1 kelainan & keunikan untuk majlis anda..tempah la sekarang!!

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan sila..
email : serinaxiaojie@yahoo.com
H/P No : 019-8326197 (Serina)



































Jemput singgah di Sada Collection's
http://www.facebook.com/pages/Sada-Collections/125106314220874
ada jubah2 n baju kurung moden yg murah2...
Support sekali dgn menekan perkataan "LIKE" coz br dlm bizz...
Semoga Allah memberikan rezeki yg melimpah ruah kpd kita semua..Amin...
Sun 19-Dec-2010 17:14
Posted by:sada  - [Link]
uuupppssss!!!
lupa nak tanya khabar pd serina...lama sada x jenguk serina d fp ni kan..nampaknya bizz serina makin maju..tahniah...moga bertambah maju n murah rezeki..
Sun 19-Dec-2010 17:19
Posted by:sada  - [Link]
Add comment


Thursday, 4-Nov-2010 02:09 Email | Share | | Bookmark
BENGKEL SULAMAN GLAMOR MANIK 3D BY ROSITA JAAFAR

ORANG SABAH!!!! JOM JOIN...!!!!



Quote:
Bengkel sulaman Glamor Manik 3D, kini ingin melangkah ke negeri Sabah dan Sarawak.

Bagi anda yang meminati untuk menyertai bengkel ini, silalah daftar nama anda ke admin@ftimdc.com. Tel.: 03-5638 2949
...
Yuran : RM300
Tarikh : 19hb December 2010
Tempat : (akan diberitahu secepat mungkin)
Masa : 9.00am ~ 6pm

Termasuk - Bahan-bahan sulaman, Sarapan pagi, Makan tengahari dan minuman petang.

Diskaun - Pembelian manik-manik & buku terbitan FTIMdc dengan harga 15% pada hari tersebut.

Sila bank-in RM100 sebagai wang pendahuluan kepada
PUSAT REKAAN FESYEN FTIM - MAYBANK - 5123 6114 7611

Baki kos penyertaan bengkel harus dibayar semasa menghadiri sesi kelas nanti.

Sokongan anda dalam membuka peluang perniagaan amat luas dengan penambahan ilmu melalui teknik yang akan kami salurkan kelak.
See More


Saya dah lama tunggu Pn. Rosita sendiri datang untuk ajar saya menyulam manik ni..mesti banyak yg dapat dikongsi bersama. Al-maklum la beliau mempunyai ilmu & pengalaman yg luas dalam bidang ini..sijil pun laku tau. jom join

Add comment


Tuesday, 19-Oct-2010 06:46 Email | Share | | Bookmark
Kelas Sulaman Manik & Labuci - Kota Kinabalu

UPDATE 1ST NOV 2010
KELAS DI TUNDA.
MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.


Tarikh : 05 November 2010
Hari : Jumaat (Cuti Deepavali)
Masa : 8.30am - 5.00pm
Tempat : Tingkat 8, Wisma Pendidikan, Bandaran Berjaya.
Yuran : RM150.00 (tidak termasuk makan)
Deposit : RM70.00 (sebelum 30 Oktober 2010)
Bahan : jarum manik, benang, kain, cutter, beads container & beads & sequin
Pattern : Asas + Shimmering Flora
Tenaga Pengajar : 2 orang (Saya & Pn. Norliza) *Pn. Norliza merupakan anak didik Nora Manik (Pengasas SF)

**Limit kepada 10 peserta sahaja.

Jika berminat boleh hubungi:

Serina: 019-8326197
Liza: 019-8626814



Add comment


Monday, 27-Sep-2010 02:06 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Aidilfitri 2010 - Miza Bunga Erza

Salam..sy dah lama tidak update hasil2 sulaman sy kan Sebab sy pun dah lama tidak ambil tempahan. Kengkadang ada la sepasang dua tapi asik terlupa ambil gambar. Aidilfitri tahun ni..sy terima 5 pasang baju untuk di sulam manik. Sebenarnya ramai jugak mau hantar baju tapi sy x boleh la tamak..lagipun sy tiada masa yg banyak untuk menjahit. Harapkan masa rest di ofis saja & curi2 masa semasa keja..Nasib baik meja sy jauh di sudut2 ofis so boleh la curik2 tulang..hihi...Sy terima 5 psg baju ni pun sbb mau lepaskan gian menjait manik..rindu tau...hehe...

Ok baju pertama sy mau tayang kali ni dtg dari jauh tau..Kedah!! Miza nak sangat2 sy jaitkan manik tuk baju dia..Miza nak sulaman 'Bunga Erza'. Tapi sy ubahsuai sikit tuk sesuaikan dgn baju dia..

Jom cuci mata!!!








Sebenarnya apa2 design pun sesuai dgn baju yg berwarna plain mcm baju Miza ni..apa2pun terima kasih Miza sbb percaya dengan kebolehan sy...happy sangat bila Miza suka dgn sulaman tu



Tumpang iklan ya tuan rumah..TQ
TM1 (TRACE MINERAL DROPS)
Pn Suramah Bt Wahir
Kampong Bukit Changgang
Banting, Selangor

Saya seorang surirumah dan ibu kepada 5 orang anak. Selepas melahirkan anak ketiga, saya selalu sakit perut. Lepas setahun saya rasa ada benjol dalam usus sebelah kiri, yang semakin hari semakin besar, sebesar buah epal. Ia teramat sakit sehingga saya sukar buang air besar. Saya ingat ia cuma angin dalam perut saja.

Pada 31 Julai 2006, suami saya bawa saya ke klinik Komuniti Bukit Changgong. Doktor mengesahkan saya mengidap Tumor Kolon, terdapat benjolan-benjolan merah di usus kiri yang sudah di tahap kritikal.

Doktor keluarkan surat untuk rujukan 'SEGERA' oleh doktor pakar HTAR Klang. Ketika itu jugak, saya teringat kakak saya juga mengidapi Tumor Kolon dan ususnya sudah dipotong pada tahun 2002 tapi belum sembuh lagi sampai sekarang.

Saya begitu tertekan dan amat sedih, terutamanya mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil. Saya berjumpa rakan karib Pn. Asmah Bt Hashim. Beliau terus suruh saya minum TM-1, 40 titis setiap hari dan saya terus minum hari hari.

2 Ogos 2006, temujanji saya dengan Doktor Pakar HTAR, saya begitu takut dengan apakah nasib saya selepas ini. Doktor pakar buat pemeriksaan berkali-kali untuk kepastian dan seperti tidak percaya surat laporan doktor yang saya bawa. Dengan kuasa Allah yang Maha Berkuasa, suatu keajaiban telah berlaku dan saya amat bersyukur kepada Allah.

Doktor merasa hairan, dalam usus saya tiada lagi benjolan-benjolan berwarna merah dan perut saya tidak keras lagi seperti dilaporkan oleh Doktor Klinik Komuniti. Semasa Doktor Pakar dalam kehairanan, saya pun keluarkan TM-1 dan bertanya adalah kerana TM-1 segala masalah saya hilang? Doktor terus sarankan agar saya dan keluarga terus mengamalkan pengambilan TM-1 dan kongsikan keajaiban TM-1 dengan rakan-rakan lain.

Saya seru semua orang supaya amalkan TM-1 kerana 'mencegah lebih baik dari merawat' dan jangan tunggu sakit baru nak berubat.

Ramli bin Zainal
Alamat : Subang Jaya, Selangor
Masalah : Berat Badan
Produk : TM-1, TM-2, TM-3 & 4
Produk TM-1,2,3 dan 4 ini telah membantu masalah berat badan saya. Pda mulanya berat badan saya ialah 120kg, tetapi selepas saya mengamalkan TM-1,2,3 dan 4 berat badan saya telah menurun sebanyak 16kg dalam tempoh masa 3 bulan sahaja. Produk TM juga lebih menceriakan hidup saya. Pada waktu pagi, saya mengambil 15 titis TM-1 dengan air jus, manakala TM-2,3, & 4 setiap satu sebiji pada waktu tengah hari. Saya cadangkan bahawa sesiapa yang mengidap penyakit kencing manis,menghadapi masalah berat badan dan juga badan sentiasa berasa letih lesu, cubalah produk TM untuk menikmati keberkesanannya . InsyaAllah.
............................
Abdul Ghani Malik
Alamat ; Ampang, Selangor
Masalah : Kecederaan tulang
Produk : TM-1,2,3, & 4
Saya pernah mengalami kecederaan ligamen, tendon dan otot semasa perlawanan Liga Piala Malaysia 1999 yang memerlukan pembedahan. Selepas pembedahan, saya diperkenalkan produk TM dan mendapati dalam sebulan lebih sahaja saya dapat beraksi semula seperti dulu di padang. Tetapi yang paling menyeronokkan kalau dulunya saya merasa cepat letih tetapi selepas mencuba produk TM-1 (30 titis sehari), TM-2, TM-3 & TM-4 (setiap satu, 3 biji sehari), saya tidak rasa sakit lagi, tidak cepat letih dan lebih berstamina. Saya ingin mencadangkan produk ini kepada ahli sukan kerana didapati perubahan ketara dibandingkan dengan supplemen lain yang pernah saya amalkan. (Beliau yang baru pulang dari Bangkok untuk Perlawanan Piala Tiger, mewakili Malaysia pada bulan Oktober 2000, merasa puashati dengan prestasi beliau).
pertanyaan/order sms 012-6291231.
Banyak lg testimony di:
http://kedairevell-online.blogspot.com/

Fri 15-Oct-2010 02:09
Posted by:Trace Mineral Drops TM1  - [Link]
salam...kak sarina...thats mine..huhu..very2 like it...ramai yg puji ..nant nk anta akak jahit lg..tnggu buat bju baru...huhu..thankz so much ya... Mon 29-Nov-2010 08:19
Posted by:mieza
Add comment


Wednesday, 18-Aug-2010 02:40 Email | Share | | Bookmark
Good News Ke-3!!!

Salam..

Kali ni saya mau announce good news yang ke-3. Mesti ada yang x sabar2 kan..hehe..perasan plak. Ni all about NEW STARTER KITS.

Harga still sama RM75.00.
Bahan2 jugak sama.

Tetapi NOTA telah ditambah!!!! Sebelum ini ada 21 basic pattern so, sekarang 22 basic pattern!!! Sebelum ni nota 21 basic pattern tersebut adalah:

1. Manik Beriring
2. Manik Pintal
3. Piramid
4. Batang Pakis
5. Labuci Bertindih
6. Daun Mempelai
7. Baby Daisy
8. Bunga Teratai
9. V-Shape
10. Pintalan Mutiara
11. Lingkaran Kasih
12. Manik Timbul
13. Rantaian Kasih
14. Daun Kesum
15. BUnga Jelatang
16. Bunga Matahari
17. Bunga Calla
18. Buah Berry
19. Bunga Dahlia
20. Bunga Nyonya
21. Rose Bloom

Extra :
22. Contoh Lakaran – Bunga Akar Jelatang
23. Contoh Lakaran – Bunga Lalang Ekor Merak

Sekarang
NOTA BASIC PEYOTE telah ditambah!!! Dengan gambar berwarna lagi gitu

berbaloi kan????

Nota PEYOTE ini akan ditambah dalam buku nota starter kits ini bermula 18.08.10 sehingga 08.09.10 sahaja. So, cepat2 la beli sebelum tamat tempoh k..Pattern PEYOTE ni menjadi kegilaan sekarang ni..mudah nak jahit & boleh cas mahal2..

Kalau berminat hubungi saya di:
Email : serinaxiaojie@yahoo.com
HP No: 019-8326197

Nak raya ni..jom jahit manik sendiri




salam serina. saye pernah beli starter kit bserta nota tp nota tu tk de design peyote. blh tk serina emel pd saye design peyote tu? tqvmia Thu 30-Sep-2010 01:06
Posted by:intan4eva
bila lagi mo buat class membuat manik ni..saya sangat berminat...pls email saya if ada class k..thanks a lots.. Wed 12-Jan-2011 17:40
Posted by:lydia augustine
Add comment


Tuesday, 13-Jul-2010 06:15 Email | Share | | Bookmark
Good News!

Salam...

Saya tau saya suda lama x update FP saya ni..ampunnn... suda sebulan saya mula bekerja semula tapi saya terlupa saja mau update. Bila teringat mau update..macam2 hal yg datang..(alasan jer)..hehehehe...


1st GOOD NEWS yg mau saya khabarkan tentu la sebab saya suda selamat bersalin on 02.04.2010..baby & I sihat2 je..hehe..name Nurin Syifa Batrisyia ini baby saya..

1 day old


now..3 months


2nd GOOD NEWS..Beads & Sequin CLEARANCE STOCKS~~~
sebab..dah nak raya kan..mesti ramai tengah bertungkus lumus jait manik baju raya masing2.. pilihan manik & warna sila rujuk entry sebelum ni k..tinggal sikit stok yg ada..

Harga sebelum ni : RM15.00 untuk 10 botol

Harga CLEARANCE STOCKS~~~ : sama jugak RM15.00 untuk 10 botol tapi..tapi..tapi...
beli 10 botol dapat 1 botol free,
beli 20 botol dapat 3 botol free,
beli 30 botol dapat 5 botol free,
& seterusnya...

Murah kan?sila la order k..harga CLEARANCE STOCKS~~~ ni sampai stok abis..

Ada lagi GOOD NEWS yg ke-3!!!! Tapi tu tunggu next entry k...thankss all...lop u..



Quote:

ayu, macam babah dia kan..hehe..oit, ko ni jumpa jak blog2 akak..belum pun bagitau suda ko jumpa kan..

kak suchen, insyaALLAH kalau ada rezeki..ada la tu.. kak suda kawen ka?

tahniah ling..ling....thun dpn ada lg ka tu ah.........kak nda berapa aktf lg mmanik ni.........bz btul Wed 14-Jul-2010 15:10
Posted by:sweet sucen
Asalamualaikum..semua Sya, minat dgan Memasang manik ni.., Wed 22-Sep-2010 22:47
Posted by:Fatria
salam lingling..boleh tahan ko..beranak msih lg aktif mmanik.kak pyh uda kan mmanik ni..bz..anyway..cantik baju yg ko manik di atas..tkare..gandakan usaha spy jd businesswoman yg berjaya..amin Tue 28-Sep-2010 15:45
Posted by:sweet sucen
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 23-Mar-2010 03:10 Email | Share | | Bookmark
Always Open For Sale : Beads & Sequin & Starter Kits

Salam semua

Lagi 9 hari lagi my due..hehehe..update kali ni pasal Beads & Sequin serta Starter Kits yang sentiasa OPEN FOR SALE sepanjang my confinement. Selagi stok masih ada la ye..


NOTES
1. Semua manik & labuci yang dijual adalah MANIK CHINA/TAIWAN. So, KUALITI TIDAK BEGITU MEMUASKAN.
2. HARGA PAKEJ = RM 15.00 untuk 10 BOTOL untuk mana2 JENIS & WARNA manik & labuci.
3. Warna manik & labuci di dalam gambar adalah 80% sama dengan warna manik & labuci sebenar (wpun gambar sedikit kabur ).
4. Harga pakej ini TIDAK TERMASUK POS. Postage rate adalah mengikut jenis pos & berat.
Semenanjung --> Pos Laju = RM12.00 (1kg ke bawah), Pos Daftar = RM7.00 (1kg ke bawah)
Sabah & Sarawak --> Pos Laju = RM10.00 (1kg ke bawah), Pos Daftar = RM6.00 (1kg ke bawah)


CARA2 MEMBUAT PESANAN
1. Hubungi saya melalui SMS (019-8326197) atau EMAIL (serinaxiaojie@yahoo.com).
2. Berikan saya senarai JENIS & WARNA manik & labuci serta JENIS POS yg anda kehendaki.
3. Saya akan tentukan harga keseluruhan.
4. Confirmkan order anda sekiranya setuju dengan harga.
5. Saya akan berikan No. Akaun Maybank kepada anda.
6. Selepas Bank-In payment, sila berikan saya DETAILS PAYMENT, FULL NAME, NO. H/P, ADDRESS anda.
7. Pesanan anda akan dipos & saya akan maklumkan kepada anda beserta tracking no.
8. Sekiranya barang sudah selamat ke tangan anda, sila maklumkan kepada saya sama ada barangan dalam keadaan yang baik atau sebaliknya.


BEADS & SEQUIN


Rice beads
10gm/botol
Warna - Striking pink, Blue, Red, White, Soft Pink


Silinder pendek
25gm/botol
Warna - Gold, Old Green, Lime Green, Red, Green


Manik Bulat 6mm (Pearl)
100pcs/botol
Warna - White, Pink, Green


Labuci Bulat
10gm/botol
Warna - Red, Green, Pink, Light Blue, Striking Pink


Labuci India
5gm/botol
Warna - Old Green, Gold, Old Blue, Red, Striking Pink, Pink, Green


Tear Drop 6mm
40pcs/botol
Warna - White, Purple


Manik Bulat 3mm
10gm/botol
Warna - Striking Pink, Purple Rainbow, Purple, White, Soft Pink, Blue, Green


Round Beads
25gm/botol
Warna - green matte, sweet green, green, old green, light blue, old blue, blue matte, blue rainbow, turqoise, pink, soft pink, maroon, light pink, sweet pink, white, red, sweet purple, soft yellow, gold

STARTER KITS


1. New Starter Kits
Harga = RM75.00 (AMAT BERBALOI-BALOI )
Info: rujuk di http://sabahmaniklabuci.fotopages.com/?entry=1986587&back=http://sabahmaniklabuci.fotopages.com/#CommentsTop

2. Bunga2 Cinta
Harga = RM30.00
Info bahan2 yg disediakan: rujuk di http://sabahmaniklabuci.fotopages.com/?entry=1439986&back=http://sabahmaniklabuci.fotopages.com/#CommentsTop[url]

3. Bunga Lalang Ekor Merak
Harga = RM20.00
Info bahan2 yg disediakan: rujuk di [url]http://sabahmaniklabuci.fotopages.com/?entry=1391843&back=http://sabahmaniklabuci.fotopages.com/?page=0#CommentsTop


4. Bunga Akar Jelatang
Harga = RM15.00
Info bahan2 yg disediakan: rujuk di http://sabahmaniklabuci.fotopages.com/?entry=1384220


Selamat shopping


Quote:
Semua gambar2 beads & sequin yang dijual sebelum ini telah di delete untuk mengelakkan kekeliruan


Quote:
Kelas Asas Sulaman Manik & Labuci akan dibuka semula sekitar June 2010..segala kesulitan amat la dikesali

*Para peserta kelas manik saya pada tahun 2008 & 2009 yg ingin menuntut sijil penyertaan sila sms saya 019-8326197.


Terima kasih semua..
Doakan saya selamat bersalin ya

salam...
dah bersalinker??
Tue 25-May-2010 00:46
Posted by:cho zila  - [Link]
Add comment


Tuesday, 9-Mar-2010 02:16 Email | Share | | Bookmark
Kelas Sulaman Manik & Labuci

Salam..ni tolong iklan Kelas Sulaman Manik by my friend LIZA..siapa2 yang berminat dengan bidang ini cepat2 la register sebab sangat la berbaloi..percaya la..

Tarikh : 28 March 2010 (Ahad)
Masa : 8.30am - 5.00pm
Tempat : Tingkat 1, atas Restoran Sinar Mustika, Putatan.
Yuran : RM150.00 (deposit RM50.00)
Silibus : 20 Pattern

Apa2 pertanyaan sila contact Liza (019-8626814) or Nel (014-6794917)

http://www.banknet.biz/ Fri 22-Jul-2011 06:49
Posted by:pipi
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen1.pidgintech.com